CARA MERAWAT RAMBUT
KERING DAN MENGEMBANG
Cara merawat rambut kering dan mengembang sudah tentunya berbeza dengan perawatan rambut yang normal dan
sihat. Hal ini merupakan petanda bahawa kesihatan rambut indah anda tidak
dijaga dengan baik. Kurangnya pengambilan nutrisi serta cara merawat rambut kering dan mengembang
yang tidak benar boleh menjadi penyebab utama masalah tersebut. Bagi seorang
wanita seperti anda, rambut adalah mahkota kecantikan yang tidak ternilai
harganya. Menjaga kecantikan secara semulajadi adalah suatu keharusan dengan
cara merawat rambut kering agar kembali sihat serta indah berkilau.
Tabiat buruk yang boleh menyebabkan masalah rambut kering
serta mengembang harus dikurangkan, jika perlu jangan lakukannya langsung. Cara
mengatasi masalah yang benar haruslah sesuai dengan permasalahannya. Cara merawat rambut kering dan mengembang tentu sahaja berbeza dengan perawatan
rambut berminyak kerana penghasilan
minyak pada pori-pori kulit kepala yang berlebihan.
Jika masalah rambut berminyak boleh menimbulkan masalah
munculnya kelemumur maka, Cara merawat rambut kering dan mengembang secara semulajadi
bertujuan untuk mencegah
rambut kering, bercabang serta
mengembang. Meskipun sebahagian orang dilahirkan dengan jenis rambut kering, anda boleh melakukan perawatan semulajadi yang
sederhana untuk menjaga keindahan serta kesihatan rambut anda.
Penyebab
Rambut Kering dan Mengembang
§ Kesan daripada sinar matahari yang
terlalu panas dan menyengat
§ Penggunaan pewarna rambut yang
mengandungi zat kimia keras
§ Kesan buruk daripada klorin di kolam
renang mahupun air panas
§ Cara merawat rambut kering dan mengembang yang salah
seperti terlalu sering memakai shampo, menggunakan alat penata rambut seperti hair
dryer dan hot roller
Cara Merawat Rambut Kering dan
Mengembang
1. Jangan menggunakan shampo secara
berlebihan
Penggunaan shampo ketika memicit kepala merupakan penyebab
utama rambut menjadi kering. Tentu tidak mendatangkan masalah jika memakai
shampo 2 hingga 3 hari sekali namun, jika anda memicit dengan shampo setiap
hari ianya boleh menghilangkan minyak semulajadi yang terdapat di kulit kepala
anda. Tidak betul juga jika anda memakai shampoo sebulan sekali. Cara merawat rambut kering dan mengembang yang betul adalah
keramas dengan shampo paling tidak 3 hari sekali untuk merangsang kelenjar
minyak pada kulit kepala.
2. Sayangi rambut kering anda
Jenis rambut kering lebih mudah putus, bercabang atau
mengembang. Cara merawat rambut kering dan mengembang harus lembut ketika memicit kulit
kepala. Hindari menggosok atau menggaru kulit kepala dengan menggunakan kuku
jari atau pun menarik rambut anda dengan keras dan kuat. Hal ini bertujuan
untuk menghindari rambut anda daripada cepat putus serta mencegah berlakunya
iritasi pada kulit kepala.
3. Tips menyikat rambut yang betul
Tahukah anda, menyisir atau menyikat rambut ketika masih
basah boleh menyebabkan kekeringan dan kerosakan rambut? Keadaan rambut yang
masih basah dan kemudiannya terus disisir atau disikat akan mudah rapuh dan
patah. Tunggulah sehingga rambut anda benar-benar kering atau boleh memakai tuala
untuk mengelap dan mengeringkan rambut secara perlahan-lahan. Pilihlah juga berus,
sisir atau sikat rambut yang lembut, terutama yang memiliki karet di hujungnya.
Jangan menggunakan sisir atau sikat yang mempunyai gigi yang
rapat jika kamu memiliki rambut yang keriting dan mengembang. Sisir dan sikat
juga berpengaruh dalam penghasilan sebum rambut dan juga pelancaran peredaran
darah di kulit kepala. Gunakanlah sisir atau sikat yang bergigi lebar dengan hujung
tumpul untuk rambut jenis ini.
4. Memilih kondisioner yang sesuai
Cara merawat rambut kering dan mengembang dengan menggunakan kondisioner
adalah memilih kondisioner rambut yang tidak mengandungi alkohol. Hal ini
kerana kandungan alkohol yang ada di dalamnya dapat membuatkan rambut semakin
kering dan mengembang.
5. Biarkan rambut terurai ketika tidur
Jika anda suka memakai pengikat rambut, lepaskanlah ketika
akan mahu tidur. Tujuannya adalah untuk membuatkan rambut terurai sehingga
mencegah ianya mengembang. Selain itu tabiat itu juga membuatkan akar rambut
anda bebas bernafas. Selain menyebabkan
rambut anda kering dan mengembang, mengikat rambut ketika tidur juga boleh
membuatkan rambut anda menjadi kusut dan rapuh.
6.
Manfaatkan
khasiat semulajadi limau nipis
Buah limau
nipis adalah berguna untuk membersihkan kotoran yang menempel pada kulit kepala
anda serta membuat rambut sentiasa
kelihatan sihat dan berkilau. Cara merawat rambut kering dan mengembang dengan menggunakan limau nipis sangat
mudah. Anda hanya perlu memicit kulit kepala secara perlahan-lahan dengan
menggunakan air perahan limau nipis. Biarkan sehingga 30 minit kemudian bilas
dengan menggunakan air bersih.
7.
Perhatikan
alat penata rambut
Terburu-buru dan ingin rambut cepat
kering adalah alasan bagi setiap wanita untuk selalu menggunakan alat pengering
rambut. Angin panas yang keluar daripada alat pengering rambut membuatkan
rambut keriting semakin kering dan kusut. Gunakan tuala untuk mengeringkan
rambut anda. Keringkan perlahan-lahan dengan cara menepuk-nepuk rambut yang
masih basah menggunakan tuala. Jika anda ingin mengeringkan rambut anda dengan
menggunakan alat pengering rambut, cukup sekadar untuk menghilangkan air yang menitis
daripada rambut hingga rambut anda menjadi setengah kering. Anda boleh menggunakan alat
pengering rambut untuk mengeringkan rambut namun ataurkan tahap
kepanasannya dengan tidak terlalu panas. Anda juga perlu menghindari daripada menarik
atau meregangkan rambut ketika terkena panas. Cara ini bertujuan untuk mencegah
rambut darippada kering, mengembang dan bercabang.
8.
Jaga
Rambut Tetap Lembab
Seperti
yang sudah dijelaskan sebelumnya, rambut yang kering adalah penyebab utama
rambut menjadi mengembang. Salah satu cara paling ampuh untuk menjaga
kelembaban rambut adalah dengan menggunakan kondisioner. Kondisioner sendiri
berfungsi untuk melindungi rambut dan mempertahankan kelembabannya agar tidak
kering. Hindari mengikat rambut saat tidur, karena mengikat rambut
saat tidur membuatnya sulit bernafas. Akibat lainnya adalah membuat rambut
menjadi kusut dan rapuh.
9.
Berikan
Nutrisi Secukupnya Untuk Rambut
Kesihatan
rambut juga boleh ditentukan oleh nutrisi yang kita ambil setiap hari. Protein,
vitamin E, serta mineral seng (zinc) adalah tiga nutrisi utama tubuh badan kita
yang paling diperlukan untuk menjaga kesihatan rambut anda. Ianya termasuklah
untuk mencegah rambut anda daripada
menjadi kering dan
mengembang. Sumber protein dan zinc dapat diperoleh daripada makanan laut, manakala
vitamin E dapat diperoleh daripada sayur-sayuran.
10.
Gunakan
Masker Rambut
Masker
rambut (hair mask) adalah salah satu cara paling efektif untuk memberi nutrisi
kepada rambut anda dari luar. Ada pelbagai macam jenis hair mask yang tersedia
di pasaran. Namun anda juga boleh membuat masker rambut anda sendiri dengan
menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti buah alpukat atau minyak
zaitun. Cara membuatnya hanyalah dengan mengisar 1/2 bahagian buah alpukat
dan 2 sudu makan minyak zaitun. Setelah itu sapukan bahan tersebut keseluruh bahagian
rambut, diamkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air sampai bersih. Selain
masker rambut, anda juga boleh menggunakan serum rambut yang juga berfungsi
untuk memberi nutrisi kepada rambut anda dari luar.
11.
Jangan
Gunakan Pemanas Rambut Berlebihan
Beberapa
jenis alat pemanas rambut seperti alat pengering rambut mungkin adalah salah
satu penyebab rambut kering dan mengembang yang anda alami. Alat pengering
rambut memang selamat jika hanya sesekali digunakan. Namun jika alat ini
digunakan terlalu berlebihan, maka rambut akan menjadi kering dan akhirnya
mengembang serta sukar untuk diatur dan digayakan.
12.
Gunakan
Minyak Rambut
Minyak
rambut seperti minyak zaitun, minyak lidah buaya, serta minyak kelapa (coconut
oil) terbukti dapat mengatasi masalah rambut mengembang yang banyak dialami
oleh kaum hawa. Minyak rambut itu sendiri berfungsi supaya rambut menjadi lebih
mudah diatur serta memberikan nutrisi kepada rambut dari luar.
13. Ubah Gaya Rambut Anda
Jika anda memiliki jenis rambut yang tebal, mungkin solusi
ini adalah yang paling tepat. Solusinya adalah dengan menipiskan sedikit rambut
anda menggunakan kaedah layer di salon. Cara merawat rambut kering dan mengembang ini dapat membuatkan rambut anda menjadi
kelihatan tipis sehingga tidak terlalu kelihatan jika mengembang. Pilihlah potongan rambut yang paling tepat, agar lebih rapi.
Jika ingin mewarnainya, hindari bleaching, kerana bahan kimia yang ada pada
bleaching hanya akan membuat rambut anda semakin rosak.
14. Cuka Epal
Cuka
epal berfungsi mengurangkan rambut rosak dan membuatkannya menjadi lebih halus.
Campurkan satu sudu makan minyak gandum dengan setengah cawan cuka sari epal
dan dua cawan air. Sapukan sebatian tadi ke seluruh rambut, setelah keramas, ketika
rambut masih basah. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas hingga bersih tanpa
menggunakan shampo. Untuk menghilangkan aroma yang menyengat akibat cuka epal, anda
boleh menggunakan kondisioner di hujung rambut. Lakukanlah perawatan ini dua
kali sehari, untuk hasil yang lebih maksima.
untuk berpenampilan sempurna, wanita melaukan berbagai perawatan mulai dari merawat rambut agar tidak Kering Dan Mengembang dampai merawat kulit kaki dengan memakai kaos kaki wanita agar kulit kaki tetep lembut.
ReplyDeletesalam sukses dan moga makin baik blognya..
Kalau rambut kita kasar dan lambat kering??
ReplyDeleteCara nk rawat rambut rosak gi mana sik
ReplyDeleteGuna minyak zaitun ja ka... Atw pon ley cmpur skli gn minyk lean
ReplyDeleteKalau nak guna kondisioner tanpa shampoo boleh kan?
ReplyDeleteMana
ReplyDeleteTitanium Spade - Stone Art - Tithronics
ReplyDeleteTithronics - The only stainless steel spade you will columbia titanium ever find. Designed for the toughest titanium car spades. titanium flat iron Includes a titanium blue titanium cerakote core with zinc oxide and titanium dioxide sunscreen polished stainless steel.€22.00 · In stock